PERTANDINGAN PENGUCAPAN UMUM/PIDATO SECARA TERBUKA.( MBMMBI )

|

Friday 15 March 2013

Pada 12 Mac yang lepas,pada pukul 3.00 petang, PBM telah mengadakan Pertandingan Pidato secara terbuka antara persatuan di SMKTIZ telah berlansung di Dataran Dewan Ali Jabar SMKTIZ. Ramai pelajar telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Tujuan PBM menganjurkan pertandingan ini adalah untuk memupuk keyakinan pelajar dalam berkomunikasi di hadapan umum agar mereka dapat berucap dengan baik dan lancar.Walaupun terdapat segelintir pelajar yang agak gugup untuk menyertainya, namun mereka dapat mengatasi perasaan gugup, gementar, dan tidak yakin mereka melalui aktiviti ini. Terdapat pelajar tingkatan satu hingga enam telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dihakimi oleh tiga orang guru bahasa iaitu En.Abd Razak bin Awang, Pn.Hjh.Zakiah bt Abu Bakar, dan guru penasihat PBM iaitu Pn.Tg.Saudat Tg.Bakar.
             Aktiviti ini juga dilaksanakan sempena menyahut kempen kejaraan dalam pelaksanaan MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.



Antara peserta yang menyertai pertandingan pidato.








Walaupun gementar, namun pelajar tingkatan 1 yang  cilik ini tetap menyahut cabaran guru untuk berucap di adapan umum. Beliau telah menjadi peserta pilihan ramai.








Antara peserta dan penonton yang melibatkan diri.

1 comments:

Post a Comment