KUMPULAN QOIR : BICARA BERIRAMA - Naib Johan Daerah Dungun ...

|

Sunday 26 February 2012

Pada tahun ini,PBM berhadapan dengan tugas baharu, iaitu menubuhkan kumpulan qoir Bicara Berirama atau Speach Qoir dalam bahasa melayu.
      Kami guru-guru Bahasa Melayu bertungkus lumus mencari bakat-bakat baharu untuk diuji bakat bagi mendapatkan ahli kumpulan yang terbaik.Antara guru yang bertanggungjawab ialah Pn Tg.Saudat Tg Bakar, Pn Tun Maznida Wan Lokman, dan Pn Nordiana Manap.
    Seramai 35 orang ahli telah terpilih dari pelajar tingkatan 1,2, dan 3 untuk menyertai kumpulan Bicara Berirama yang julung-julung kali diadakan. Kami berhadapan dengan pertandingan peringkat daerah pada 2 April di SM Sains Dungun.
    Semoga kami dapat tempat di hati para hakim nanti. Jom kita mulakan latihan...

Pertandingan di peringkat daerah
di SM Sains dungun pada 24 April 2012.

Alhamdullilah..kami berjaya menjadi Naib Johan Daerah Dungun


peserta sedang mengadakan  persembahan dengan penuh bersemangat. syabas!!
( Jurulatih terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu Pn.Tg.Saudat Tg.Bakar , Pn.Tun Maznida Wan Loqman, dan Pn.Nordiana Abd Manap )



0 comments:

Post a Comment