KUMPULAN QOIR : BICARA BERIRAMA - Naib Johan Daerah Dungun ...

|

Sunday 26 February 2012

Pada tahun ini,PBM berhadapan dengan tugas baharu, iaitu menubuhkan kumpulan qoir Bicara Berirama atau Speach Qoir dalam bahasa melayu.
      Kami guru-guru Bahasa Melayu bertungkus lumus mencari bakat-bakat baharu untuk diuji bakat bagi mendapatkan ahli kumpulan yang terbaik.Antara guru yang bertanggungjawab ialah Pn Tg.Saudat Tg Bakar, Pn Tun Maznida Wan Lokman, dan Pn Nordiana Manap.
    Seramai 35 orang ahli telah terpilih dari pelajar tingkatan 1,2, dan 3 untuk menyertai kumpulan Bicara Berirama yang julung-julung kali diadakan. Kami berhadapan dengan pertandingan peringkat daerah pada 2 April di SM Sains Dungun.
    Semoga kami dapat tempat di hati para hakim nanti. Jom kita mulakan latihan...

Pertandingan di peringkat daerah
di SM Sains dungun pada 24 April 2012.

Alhamdullilah..kami berjaya menjadi Naib Johan Daerah Dungun


peserta sedang mengadakan  persembahan dengan penuh bersemangat. syabas!!
( Jurulatih terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu Pn.Tg.Saudat Tg.Bakar , Pn.Tun Maznida Wan Loqman, dan Pn.Nordiana Abd Manap )



Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Bahasa Melayu Sesi 2012

|

Kehadiran :     
                 
   YM Tg Saudat Bt Tg Abu Bakar
   Pn. Norliza Bt Ismail
   Pn Hjh Zakiah binti Abu Bakar
   Kehadiran pelajar : 41 orang.

  1. Kata Alu-aluan Guru Penasihat

Pn Tengku Saudat Mengalu-alukan kehadiran ahli baru serta ahli lama PBM tahun 2012. Guru penasihat juga turut memperkenalkan guru pemimpin PBM seramai 5 orang.

  1. Pelantikan  AJK PBM tahun 2012
.
2.1              Guru penasihat melantik pengerusi,Setiausaha, Naib Setiusaha, Bendahari, Naib Bendahari secaraundian daripada ahli PBM semnetara  dua orang juruaudit yang dipilih oleh guru.

2.2               Semua ahli bersetuju memilih Mohd Nor Amirul Asyraf Mohd Zin dari kelas 6 Atas Intan 3 sebagai Pengerusi PBM tahun 2012 dibantu oleh Fatin Faziera binti Rashid dari 5 Intan 1 sebagai Naib Pengerusi

2.3              perlantikan ahli jawatankuasa yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.( Lampiran 1 )

  1. Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.

3.1              Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada hari Selasa minggu kedua setiap bulan.
3.2              Guru penasihat juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM5 setahun dan dipersetujui oleh semua ahli.
3.3              Guru Penasihat juga melaporkan beberapa aktiviti persatuan tahun 2011 yang telah dilaksanakan. 
3.4              Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya ialah :

i)                    Lawatan ke Muzium Negeri Losong serta ke UNITEM
ii)                  Kajian Ilmiah pada bulan Julai 2012
iii)                Reka cipta SEM pada bulan April 2012
iv)                Gerai jualan sempena Edu-Fest 2012
v)                  Bengkel Pengucapan Awam
vi)                T-shirt persatuan PBM untuk semua ahli


4          Hal-Hal Lain

4.1  Pn Tengku Saudat mengharapkan agar semua ahli PBM sesi 2012 dapat member kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.

4.2  Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada setiap perjumpaan hari selasa untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang. ( Lampiran 2 )

5          Ucapan Penangguhan.

5.1  majlis ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiridengan surah Al-Asr.


Disediakan oleh
NUR AIN BT YUSOFF
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SMK Tengku Intan Zaharah,
Dungun, Terengganu.