TIZ EDU Fest merupakan satu acara tahunan yang diadakan di sekolah secara besar-besaran, Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penyertaan agensi luar.berikut ialah antara aktiviti yang diadakan
Gerai Jualan selama 3 hari, Pameran SEM.TOOL BOOTLE, persembahan Kebudayaan,perkhemahan, Kursus Mandi Mayat, pameran bermotor,pertandingan Kawad Kaki,pertandingan Petanque dll.
MINGGU TIZ EDU-FEST 25 - 31 JULAI 2012
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 09:20 |Thursday 1 November 2012
MINGGU BAHASA MELAYU - 17-21 JULAI 2012
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 09:04 |
Minggu Bahasa Melayu telah diadakan dengan penuh meriah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan.Majlis pelancaran Minggu Bahasa diadakan pada 17 Julai di Dataran Perhimpunan.Tuan Pengetua Hj Md Zain bin Muda merupakan perasmi bagi Minggu Bahasa tahun 2012.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Sahibba, Pertandingan Nyayian Lagu Tradisional. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Pertandingan Mengarang Cerpen, Pertandingan Pidato serta Pertandingan Bercerita.
Selain itu Kuiz spontan untuk guru serta pelajar turut dilaksanakan berdasarkan pelbagai soalan tatabahasa serta aspek komsas.Pelajar yang berjaya telah menerima hadiah yang dijanjikan serta sijil penghargaan.

UPACARA PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA CEMERLANG
UPACARA MEMECAHKAN AIS SEBAGAI SIMBOL BERMULANYA MINGGU BAHASA
kuiz Spontan semasa upacara perasmian oleh Pn Zuraidah Mohd Adam
persembahan mendeklamasikan sajak
AKTIVITI BAHASA MELAYU TAHUN 2012
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 07:17 |Thursday 12 April 2012
Pertandingan berbalas pantun peringkat Daerah Dungun.
pertandingan berbalas pantun peringkat daerah telah diadakan selama dua hari iaitu 10 dan 12 April di SMK Kg Nyior Dungun, SMKTIZ diwakili oleh 5 orang puteri berjaya mengalahkan SM Teknik serta SMK Jerangau. Namun kita kalah tipis pada peringkat akhir dengan pasukan pemantun daripada SMK Kg Nyior .Tahniah kepada pasukan pemantun IZ walaupun gagal cikgu bangga dengan kalain kerana telah memberi saingan sengit dengan SMK Kg Nyior.
bergambar kenangan bersama jurulatih pantun, Pn Ariawati Alias dan Pn Tg Saudat Tg Bakar.
Juara peringkat Suku Akhir mengalahkan SMK Jerangau pada 10 April 2012 di SMK Kg Nyior.
Aina Nadia, Siti Umaimah, Faten Faziera, Nurul Amani dan Ainul Syafiqah,
pasukan pemantun SMKTIZ
Bersama juara Daerah SMK Kg Nyior pada perlawanan akhir pesta pantun, SMKTIZ hanya berjaya di tempat kedua dibelakang SMK Kg Nyior.Cuba lagi tahun hadapan.
( 12 April 2012 )
Lawatan Ke Pusat Kraftangan Chendering & Muzium Negeri Terengganu
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 06:45 |Tuesday 3 April 2012
Cadangan T-Shirt Persatuan BM Tahun 2012
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 03:48 |Tuesday 6 March 2012
KUMPULAN QOIR : BICARA BERIRAMA - Naib Johan Daerah Dungun ...
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 06:01 |Sunday 26 February 2012
Pada tahun ini,PBM berhadapan dengan tugas baharu, iaitu menubuhkan kumpulan qoir Bicara Berirama atau Speach Qoir dalam bahasa melayu.
Kami guru-guru Bahasa Melayu bertungkus lumus mencari bakat-bakat baharu untuk diuji bakat bagi mendapatkan ahli kumpulan yang terbaik.Antara guru yang bertanggungjawab ialah Pn Tg.Saudat Tg Bakar, Pn Tun Maznida Wan Lokman, dan Pn Nordiana Manap.
Seramai 35 orang ahli telah terpilih dari pelajar tingkatan 1,2, dan 3 untuk menyertai kumpulan Bicara Berirama yang julung-julung kali diadakan. Kami berhadapan dengan pertandingan peringkat daerah pada 2 April di SM Sains Dungun.
Semoga kami dapat tempat di hati para hakim nanti. Jom kita mulakan latihan...

Pertandingan di peringkat daerah
di SM Sains dungun pada 24 April 2012.
Alhamdullilah..kami berjaya menjadi Naib Johan Daerah Dungun
peserta sedang mengadakan persembahan dengan penuh bersemangat. syabas!!
( Jurulatih terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu Pn.Tg.Saudat Tg.Bakar , Pn.Tun Maznida Wan Loqman, dan Pn.Nordiana Abd Manap )
( Jurulatih terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu Pn.Tg.Saudat Tg.Bakar , Pn.Tun Maznida Wan Loqman, dan Pn.Nordiana Abd Manap )
Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Bahasa Melayu Sesi 2012
Posted by Persatuan Bahasa Melayu at 00:39 |
Kehadiran :
YM
Tg Saudat Bt Tg Abu Bakar
Pn. Norliza Bt Ismail
Pn
Hjh Zakiah binti Abu Bakar
Kehadiran
pelajar : 41 orang.
- Kata Alu-aluan Guru Penasihat
Pn Tengku Saudat
Mengalu-alukan kehadiran ahli baru serta ahli lama PBM tahun 2012. Guru
penasihat juga turut memperkenalkan guru pemimpin PBM seramai 5 orang.
- Pelantikan
AJK PBM tahun 2012
.
2.1
Guru penasihat melantik
pengerusi,Setiausaha, Naib Setiusaha, Bendahari, Naib Bendahari secaraundian
daripada ahli PBM semnetara dua orang
juruaudit yang dipilih oleh guru.
2.2
Semua ahli bersetuju memilih Mohd Nor Amirul
Asyraf Mohd Zin dari kelas 6 Atas Intan 3 sebagai Pengerusi PBM tahun 2012
dibantu oleh Fatin Faziera binti Rashid dari 5 Intan 1 sebagai Naib Pengerusi
2.3
perlantikan ahli jawatankuasa
yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.( Lampiran 1
)
- Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan
Tahunan.
3.1
Guru Penasihat memaklumkan
tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada hari Selasa minggu
kedua setiap bulan.
3.2
Guru penasihat juga menjelaskan
yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM5 setahun dan dipersetujui oleh semua ahli.
3.3
Guru Penasihat juga melaporkan
beberapa aktiviti persatuan tahun 2011 yang telah dilaksanakan.
3.4
Beliau juga meminta pandangan
dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya ialah :
i)
Lawatan ke Muzium Negeri Losong
serta ke UNITEM
ii)
Kajian Ilmiah pada bulan Julai
2012
iii)
Reka cipta SEM pada bulan April
2012
iv)
Gerai jualan sempena Edu-Fest
2012
v)
Bengkel Pengucapan Awam
vi)
T-shirt persatuan PBM untuk
semua ahli
4
Hal-Hal Lain
4.1 Pn Tengku Saudat mengharapkan agar semua ahli PBM sesi 2012 dapat
member kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal
dijalankan.
4.2 Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada setiap
perjumpaan hari selasa untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
( Lampiran 2 )
5
Ucapan Penangguhan.
5.1 majlis ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiridengan surah Al-Asr.
Disediakan oleh
NUR AIN BT YUSOFF
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SMK Tengku Intan Zaharah,
Dungun, Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)